Perak Hari Ini

Berhenti Tuding Jari Dan Cakap Kosong

IPOH- Kerajaan negeri menyeru pihak bukan kerajaan (NGO) untuk menjalinkan kerjasama dengan Tenaga Nasianal Berhad (TNB) bagi menyalurkan bantuan kepada masyarakat orang asli di kawasan pedalaman.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, sebagai satu badan NGO, ada segelintirnya yang bukan hanya pandai bercakap serta menuding jari dan mencari kesalahan industri lain tetapi lebih elok untuk mengadakan kerjasama seperti ini dari bercakap kosong.

Katanya, TNB merupakan salah satu GLC yang amat prihatin terhadap kebajikan orang asli yang tinggal di kawasan Sungai Tiang dimana kerajaan negeri sendiri begitu terhutang budi dan menghargai usaha daripada pihak TNB mengenai usaha seperti ini.

“Tentunya pihak TNB juga melalui anak syarikatnya TNB Research sudi berkerjasama dengan pihak lain dan tidak semestinya dengan syarikat di dalam TNB semata-mata.

“Kerajaan negeri menyeru kepada semua pihak badan-badan korporat untuk tampil ke hadapan bagi memberi sedikit sumbangan menerusi kajian ini bukan sahaja di Royal Belum tetapi banyak lagi kawasan yang boleh kita terokai kerana melalui kajian seperti ini dapat ditunjukkan kepada dunia keunikan negeri kita khususnya,” katanya dalam satu sidang media semasa melancarkan Coffee Table Book: Rafflesia – Conservation Efforts & Management At Royal Belum State Park hari ini.

Dalam pada itu katanya melalui satu program, TNB melalui anak syarikatnya TNB Research bersama dengan Perbadanan Taman Negeri Perak (PTNPK) telah berjaya mengusahakan satu buku meja atau Coffee Table Book: Rafflesia – Conservation Efforts & Management At Royal Belum State Park dimana kajian yang dibuat adalah selama dua tahun.

“Pelancaran buku meja ini adalah untuk menunjukkan kewujudan bunga terbesar di dunia iaitu Bunga Rafflesia yang mana terdapat tiga jenis sepsis bunga ini di Royal Belum.

“Pada saya, ini adalah satu usaha yang amat baik dan kita harap kerjasana ini dapat diteruskan dengan pihak TNB, malah saya ingin menyeru syarikat GLC yang lain malah syarikat swasta dan badan korporat untuk bersama dengan kerajaan negeri untuk membuat kajian yang lain tentang kekayaan alam sekitar terutamanya di dalam kawasan Royal Belum,” katanya.

Ahmad Faizal turut menyeru agar usaha seperti itu dapat dijalankan dengan lebih kerap supaya lebih ramai individu dapat diberi kesedaran terutamanya mengenai kewujudan undang-undang alam sekitar dan kesan negatif yang terpaksa ditanggung sekiranya perkara itu tidak diendahkan.

“Kita juga berharap agar syarikat swasta dan GLC yang lain mungkin boleh memainkan peranan dengan turut menjadi rakan strategik kepada kerajaan negeri dalam usaha memelihara dan memulihara alam sekitar,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");