Membawang Hari Ini

Bertudung Di Kelantan, Sajat Bakal Disaman Kerajaan Negeri?

Umum sedia maklum, status jantina usahawan komestik Sajat masih lagi menjadi tanda tanya. Baru-baru ini, Sajat ke Kota Bharu, Kelantan bagi menjayakan pesta jualan popular Mood Republik dengan memakai baju kebaya serta lengkap bertudung.

Penampilan Sajat itu dikecam teruk oleh netizen serta turut mendapat perhatian Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah) Kelantan yang mahu kerajaan negeri mengeluarkan saman ke atas Sajat dan melarang usahawan tersebut untuk datang ke Kelantan.

Tindakan perlu diambil berikutan apa yang dilakukan oleh Sajat itu jelas bertentangan dengan dasar kerajaan negeri yang mengamalkan corak pentadbiran Islam.

Jelasnya lagi,sebelum ini kerajaan negeri Kelantan dilihat cukup lantang menolak LGBT, namun berkenaan isu Sajat tiada sebarang tindakan yang diambil.

“Jadi saya mahu kerajaan Pas Kelantan mengeluarkan saman ke atas Nur Sajat dan ‘gam’ usahawan kosmetik itu dari masuk ke negeri ini.

“Saya nak tanya, mana corak Islam yang dilaungkan sebelum ini. Adakah sekadar hendak meraih kuasa saja baru nak bercakap soal Islam.

Dalam pada itu, rata-rata netizen mahukan Kerajaan Kelantan mengambil tindakan terhadap isu tersebut. Bagaimanapun, setakat ini tiada sebarang kenyataan dikeluarkan oleh pimpinan negeri.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");