Panasnya Hari Ini

Biro Politik PKR Akan Bincang Dakwaan Terhadap MP Sg Siput

KUALA LUMPUR: Mesyuarat Biro Politik PKR esok dijangka membincangkan dakwaan gangguan seksual terhadap Anggota Parlimen Sungai Siput S Kesavan.

Naib Presiden PKR, Zuraida Kamaruddin berkata mesyuarat itu akan memutuskan untuk menubuhkan siasatan dalaman terhadap Kesavan.

“PKR akan adakan satu mesyuarat biro politik esok dan perkara ini akan dibincangkan dalam mesyuarat dan mereka buat keputusan, jadi kita tunggu,” katanya pada sidang media di Pusat Konvensyen hari ini.

Zuraida ditanya sekiranya PKR akan mempertimbangkan untuk menyiasat Kesavan berikutan kenyataan akhbar oleh Kumpulan Untuk Kesaksamaan Gender (JAG) semalam yang menggesa parti itu untuk melakukan siasatan dalaman terhadap Kesavan.

“Kami menggesa PKR untuk mengambil tuduhan gangguan seksual secara serius dan segera melancarkan siasatan dalaman. PKR perlu melantik sebuah panel penyiasatan yang bebas, mempunyai kepakaran mengenai gangguan seksual,” kata JAG.

Terdahulu, Malaysiakini melaporkan Kesavan dan bekas bendahari PKR cabang Sungai Siput saling membuat laporan polis antara satu sama lain.

Wanita tersebut mendakwa Kesavan membuat gangguan seksual dengan menunjukkan gambar-gambar lucah dan juga buku ‘kamasutra’.

Kesavan bagaimanapun menafikan dakwaan tersebut sebaliknya mendakwa wanita itu menaruh hati kepadanya dan juga cuba menganggu rumah tangga.

Dalam laporan polisnya, Kesavam mendakwa wanita tersebut sering menelefonnya berpuluh kali sehari mengakibatkan beliau menghadapi gangguan perasaan.

Bagaimanapun, wanita itu memberitahu dia ingin menyaman malu terhadap Keasavan lapor MKini.

Sementara itu, Kesavan pula berkata beliau sedia menghadapi perkara berkenaan di mahkamah.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");