Sukan Hari Ini

Careca, Ronaldo Bantu Perak Lakar Kemenangan

PERAK terus mengekalkan penguasaan ke atas PKNP FC apabila merakam kemenangan 3-1 ke atas pasukan ‘adik’ itu di Stadium Perak, malam tadi.

Memetik laporan Stadium Astro, pemain import baru, Raianderson Careca dan Ronaldo Henrique Silva, terus membuktikan ketajaman mereka dengan masing-masing menyumbang satu gol manakala satu lagi gol dijaringkan oleh Nazirul Naim Che Hashim.

Dengan kemenangan ini, Perak melonjak ke tangga kelima Liga Super dengan memungut 17 mata.

Dalam perlawanan itu, Mehmet Durakovic melakukan kejutan dengan merehatkan penjaga gol utama, Hafizul Hakim Khairul Nizam Jothy, dan pertahanan, Zac Anderson, dengan Khairul Amri Salehuddin dan Idris Ahmad menggantikan tempat mereka

Tuan rumah bermula cemerlang apabila Careca merembat masuk pada minit keenam. Tiga minit kemudian, Ronaldo menanduk tinggi hantaran Shahrel Fikri Md Fauzi, diikuti tindakan Nor Hakim Hassan merembat liar pada minit ke-16.

Asakan-asakan bertali arus Perak memaksa pemain PKNP FC melakukan terjahan keras, menyebabkan Amani Aguinaldo menjatuhkan Ronaldo pada minit ke-29.

Ronaldo sendiri bingkas mengambil sepakan penalti yang diberikan apabila mudah memperdayakan Ahmad Asyraf Omar untuk Perak mendahului 2-0.

Seperti dijangka, anak buah Abu Bakar Fadzim itu bangkit melawan dan Yashir Pinto melayangkan badan untuk menanduk masuk bola yang melantun dari tiang pada minit ke-37.

Seminit sebelum itu, Nazirul Naim menyelamatkan bola di atas garisan gol.

PKNP FC terus menekan pada babak kedua dan berjaya mencemaskan kubu tuan rumah beberapa kali, namun gagal menambah jaringan

Percaturan taktikal Durakovic dengan memasukkan Brendan Gan, J. Partiban dan Nasir Basharuddin berjaya menstabilkan kembali permainan Perak.

Mereka mula melakukan serangan balas dan daripada satu sepakan percuma, Nazirul Naim melencongkan bola melepasi Asyraf dari sebelah kiri yang terus masuk pada minit ke-70 untuk Perak selesa di hadapan hingga ke wisel penamat.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");