Membawang Hari Ini

‘Chewbacca’ Meninggal Dunia

LOS ANGELES: Pelakon Peter Mayhew, yang memikat hati penonton seluruh dunia sebagai Chewbacca dalam filem ‘Star Wars’, meninggal dunia pada usia 74 tahun, kata keluarganya semalam.

Menurut BH Online, Mayhew meninggal dunia Selasa lalu di kediamannya di Texas, di sisi orang tersayang, menurut kenyataan keluarga yang disiarkan di akaun Twitter pelakon itu.

“Peter ialah pelakon di sebalik topeng Chewbacca dalam trilogi asal Star Wars, episod 3 filem prekuel siri itu dan dalam New Trilogy.

“Beliau terpaksa menggunakan kerusi roda dan berjuang untuk kembali berdiri bagi melakonkan watak Chewbacca sekali lagi dalam ‘Star Wars: The Force Awaken’,” menurut kenyataan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");