Panasnya Hari Ini

Dakwaan Rombakan Exco Perak Muncul Lagi

Dakwaan rombakan exco kerajaan Perak timbul lagi, kali ini melibatkan Abdul Aziz Bari dan Abdul Yunus Jamhari.

Abdul Aziz (DAP-Tebing Tinggi) ialah exco Pendidikan, Sains, Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Penerangan manakala Abdul Yunus (PKR-Kuala Kurau) exco Kemudahan Awam, Infrastruktur, Pertanian dan Perladangan.

Sumber mendakwa Aziz akan digantikan Adun Sungai Manik, Zainol Fadzi Paharudin manakala Abdul Yunus diganti Adun Hulu Kinta Muhamad Arafat Varisai Mahamad.

“Tetapi tidak tahu bila (rombakan) tetapi nama sudah diberi kepada istana,” dakwa sumber tersebut kepada Malaysiakini.

“Jika digugurkan, Yunus mungkin akan sertai PAS dan ini akan menyukarkan PKR dan Pakatan Harapan (PH) Perak,” dakwanya lagi.

Bagaimanapun dakwaan itu dinafikan dua exco kerajaan negeri, Asmuni Awi (Amanah-Manjoi) dan Howard Lee (DAP-Pasir Pinji).

No such thing (mana ada),” kata Asmuni ketika dihubungi.

Lee pula berkata beliau tidak mendapat sebarang maklumat berkenaan perkara itu setakat ini.

“Setakat ini saya tidak menerima maklumat maka segalanya berjalan seperti biasa.

“Saya akan akur dengan keputusan kepimpinan parti dan apa yang diperkenan oleh DYMM Tuanku Sultan,” katanya kepada Malaysiakini.

Pada Mac lalu, khabar angin serupa muncul dan ketika itu dikatakan kerana perubahan pimpinan PKR Perak dan perubahan jawatan exco yang dimiliki parti itu.-Mkini

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");