Panasnya Hari Ini

DAP Sokong Penuh Kepimpinan Tun M

SHAH ALAM – Parti DAP menyokong penuh kepimpinan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad serta akan terus menjunjung tinggi Perlembagaan Persekutuan sebagai undang-undang tertinggi negara.

Memetik laporan Kosmo Online, kata Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng, pendirian parti yang diasaskan sejak 1966 itu masih tetap berpegang teguh dengan perlembagaan dan pentadbiran sedia ada ketika ini.

“Saya merasakan tidak ada pertikaian langsung dan apa-apa yang bersandarkan kepada Perlembagaan Persekutuan, itu yang kita akan sokong sepenuhnya.

“Dalam aspek ini, sudah tentu ia diuruskan oleh Perdana Menteri dan keyakinan itu turut diberikan penuh kepada beliau,” katanya pada sidang akhbar sempena Persidangan Nasional DAP di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC) di sini hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas dakwaan wujud beberapa isu atau polemik termasuk berkaitan pertikaian antara pemimpin kerajaan PH dan kerabat diraja seperti di Johor.

Dalam pada itu, Guan Eng dalam ucapan dasar persidangan itu berkata, pindaan perlembagaan DAP menjadi agenda persidangan itu memandangkan parti yang diasaskan sejak tahun 1966 hampir dibatalkan pendaftarannya pada 2012 dan 2017.

Menurutnya, antara perkara yang akan dicadangkan dalam pindaan itu termasuk melantik sekurang-kurangnya 30 peratus wakil wanita dalam Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP.

“Pada masa ini, DAP mempunyai 20 peratus Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) wanita yang merupakan jumlah terbesar dalam kalangan semua parti politik di Malaysia.

“Selain itu, jumlah keanggotaan CEC juga akan ditambah daripada 30 ahli kepada 40 ahli termasuk lantikan,”katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");