“Calon sudah ada dan memang banyak desas desus siapa yang akan jadi calon tetapi kita tak boleh umum namanya sebelum upacara mengangkat sumpah dibuat,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri perasmian jentera baharu Light Fire Rescue Tender (LFRT) Pasukan Bomba Sukarelawan (PBS) Pekan Baru di sini hari ini.

Turut hadir Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Nga Kor Ming dan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Azmi Osman.

April lalu, Menteri Besar, Datuk Seri Faizal Azumu mengumumkan pelantikan Datuk Bandar Ipoh yang baharu bagi menggantikan Datuk Zamri Man akan dibuat akhir bulan lepas. – Bernama