Panasnya Hari Ini

Dr M: Wang Dicuri Masih Banyak, Kita Akan Terus Buru Jho Low

PUTRAJAYA: Perdana menteri berkata, Putrajaya akan terus memburu Low Taek Jho kerana wang yang dikatakan digelapkan oleh ahli perniagaan itu jauh lebih banyak daripada jumlah wang yang telah didapatkan semula.

“Masih banyak wang yang kita belum dapat. Jumlah yang kita telah dapat tidak banyak, kurang daripada RM2 bilion,” Dr Mahathir Mohamad memberitahu pemberita di pejabatnya hari ini.

“Wang yang dicuri dari 1MDB sahaja sebanyak RM42 bilion, jadi siapa dapat duit itu? Siapa simpan? Di mana wang itu,” katanya.

Low, atau lebih dikenali sebagai Jho Low didakwa merancang kecurian berjumlah puluhan bilion dolar daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Beliau dipercaya berada di sebuah pulau berhampiran Macau.

Dr Mahathir ditanya sama ada masih ada keperluan untuk terus memburu ahli perniagaan itu berikutan pemerolehan wang daripada jualan aset yang dibeli dengan menggunakan dana 1MDB.

Dr Mahathir berkata demikian beberapa hari selepas pihak berkuasa AS memaklumkan akan mengembalikan dana kira-kira AS$200 juta (RM829.0 juta) yang didakwa dicuri daripada 1MBD kepada Malaysia.

Ini termasuklah kira-kira AS$140 juta daripada jualan pegangan dalam Hotel Park Lane New York dan kira-kira AS$60 juta daripada penyelesaian yang dibayar oleh penerbit filem “Wolf of Wall Street” lapor FMT.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");