Berita Hari Ini

Dr Wan Azizah Ketua Delegasi Ke Sidang Kemuncak OIC Di Makkah

MAKKAH: Datuk Dr Seri Wan Azizah Wan Ismail akan mengetuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) Sesi ke-14 di Arab Saudi pada 31 Mei ini.

Timbalan Perdana Menteri, yang akan diiringi Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah serta pegawai dari pejabatnya dan Kementerian Luar.

Persidangan itu, yang bertemakan ‘Makkah Al-Mukarramah Summit: Hand in Hand toward the Future’, didahului dengan Mesyuarat Pegawai Kanan pada 27 Mei dan Mesyuarat Menteri Luar pada 29 Mei.

Dalam satu kenyataan hari ini, Menteri Luar berkata sidang kemuncak itu dijangka membincangkan dengan mendalam isu politik, ekonomi dan sosio-budaya yang mempengaruhi ummah.

Mesyuarat akan menyentuh mengenai Pelan Tindakan Sepuluh Tahun OIC 2016-2925 dengan matlamat menghadapi cabaran yang dihadapi ummah.

Persidangan itu juga dijangka menerima pakai tiga dokumen iaitu ‘Final Communique of the 14th OIC Summit, the Resolution on the cause of Palestine dan Al-Quds Al-Sharif and Makkah Declaration.

Sebagai anggota pengasas OIC, Malaysia komited dalam menyokong OIC dalam mempromosi pembangunan dan kesejahteraan ummah. – BERNAMA

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");