Berita Hari Ini

Dua Beradik Pukul Bapa Hingga Mati Disebabkan Harta

IPOH: Angkara harta, dua beradik tergamak memukul bapa sendiri yang akhirnya mengakibatkan kematian lelaki itu dalam kejadian di sebuah rumah di Taman Bercham Sinar di sini kelmarin.

Dalam kejadian pada pukul 7 petang itu, mangsa, R. Pardeep Kumar, 56, yang pengsan di rumahnya telah dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk rawatan lanjut.

Bagaimanapun, lelaki itu disahkan meninggal dunia di hospital berkenaan semalam lapor Utusan Online.

Timbalan Ketua Polis Daerah, Superintenden Mazuki Mat berkata, mangsa yang dibawa ke hospital menggunakan ambulans itu telah ditempatkan di Zon Merah untuk rawatan kecemasan.

Katanya, doktor yang merawat lelaki terbabit mendapati terdapat kesan kecederaan di kepala mangsa yang berpunca akibat hentakan.

“Seorang daripada anak mangsa kemudiannya membuat laporan polis dan mengesyaki bapanya itu telah dipukul oleh dua adik lelakinya yang berusia 20 dan 21 tahun sehingga pengsan.

“Berdasarkan temubual dengan lelaki berusia 34 tahun itu, dua adiknya itu dipercayai melakukan perbuatan tersebut kerana harta. Ini kerana mangsa pernah mengadu yang kedua-dua suspek selalu memukul dan mencuri wang simpanannya,” katanya di sini hari ini.

Mazuki berkata, tiada sesiapa yang melihat kejadian tersebut berlaku dan mangsa tinggal di rumah berkenaan bersama dua suspek terbabit.

Katanya, abang kepada kedua-dua suspek itu hanya mengetahui kejadian yang menimpa mangsa setelah dimaklumkan oleh adik perempuannya.

“Kedua-dua suspek kini direman tujuh hari bermula hari ini untuk siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");