Perak Hari Ini

Dua Pemain Perak Dipinjamkan Ke PKNP FC

IPOH: Pengurusan skuad The Bos Gaurus telah bersetuju untuk meminjamkan dua pemain pertahanan iaitu Muhamad Syazwan Zaipol Bahari dan Muhammad Nazirul Afif Ibrahim ke PKNP FC bagi menghadapi baki aksi Liga Super 2019.

PKNP FC kini berada di tangga kedua tercorot dengan mengumpul 12 mata selepas mengharungi 15 perlawanan Liga Super.

Pengurus Pasukan Perak, Datuk Adly Shah Ahmad Tah berkata beliau difahamkan proses perpindahan sementara itu telah pun berlaku hari ini.

Katanya beliau tidak ada masalah berhubung perkara tersebut kerana menyifatkan PKNP FC dan Pasukan Bola Sepak Perak ibarat adik beradik di negeri ini.

Ujarnya beliau juga tidak ada masalah dalam membantu pasukan tersebut supaya dapat terus beraksi dalam Liga Super kali ini.

Walau bagaimanapun beliau enggan mengulas lanjut berhubung peminjaman dua pemain tersebut.

“Saya difahamkan pemindahan telah berlaku hari ini. Cuma saya perlukan pencerahan sama ada Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) atau PKNP FC ada melakukan ia dengan cara yang munasabah supaya mereka dapat bermain dengan PKNP FC untuk perlawanan akan datang,” katanya.

Sementara itu, Ketua jurulatih Perak, Mehmet Durakovic berkeyakinan dua pemain muda itu dapat beraksi dengan baik selain akan membantu memperkukuhkan lagi barisan pasukan PKNP FC.

Mehmet juga senada dengan Adly yang mana tidak masalah untuk mereka beraksi dengan pasukan tersebut untuk baki musim ini.

Selain itu berhubung perkembangan skuad The Bos Gaurus, beliau berkata kemungkinan pemain tidak akan diberi cuti rehat daripada berlatih bersempena dengan sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Katanya ia sebagai persiapan dalam menghadapi saingan daripada kelab Petaling Jaya (PJ) City pada bulan hadapan.

Beliau berkata demikian kepada ketika ditemui pemberita pada program beramah-mesra dan membeli-belah kelengkapan Hari Raya penghuni Rumah Anak Yatim & Pusat Jagaan Nurul Iman Kampung Manjoi, di Pasaraya Mydin Meru Raya, di sini, hari ini.

Seramai 22 penghuni yang terdiri daripada anak yatim, anak yatim piatu, dan anak daripada keluarga kurang berkemampuan diraikan pemain dan pengurusan Pasukan Bola Sepak Perak.

Mengulas lanjut tentang program, pemain pertahanan kiri, Nazirul Naim Che Hashim berkata program tersebut amat baik khususnya dalam memberi keceriaan kepada wajah-wajah mereka tatkala bakal menyambut Hari Raya Aidilfitri selain dapat beramah-mesra dengan barisan pemain Skuad The Bos Gaurus.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");