Panasnya Hari Ini

DUN Hutan Melintang ‘Dicuri’ Daripada Saya, Kata Calon PKR

PETALING JAYA: Calon PKR bagi DUN Hutan Melintang, G Manivannan, yang tewas pada pilihan raya umum lepas, marah selepas laporan kerajaan mendedahkan kerajaan Barisan Nasional sebelum ini memindahkan pengundi tentera ke kawasan itu untuk “tujuan politik”.

Manivannan tewas kepada calon BN, Khairuddin Tarmizi dengan perbezaan 749 undi.

“Saya mangsa keadaan. Laporan itu menunjukkan kemenangan dicuri daripada saya,” katanya kepada FMT.

Beliau merujuk kepada laporan “land swap” yang dikeluarkan Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu di Dewan Negara hari ini.

Laporan menunjukkan 2 pangkalan tentera, di Paloh dan Hutan Melintang, dibina atas arahan kerajaan BN. Tindakan itu didakwa untuk memindahkan pengundi tentera ke kawasan-kawasan itu untuk “tujuan politik”.

Bekas menteri pertahanan, Hishammuddin Hussein sebelum ini menafikan kem tentera dibina untuk tujuan politik ketika beliau memegang portfolio itu.

Manivannan menyeru Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya, Azhar Harun supaya memanggil pengerusi SPR sebelum ini, Mohd Hashim Abdullah, dan beberapa bekas pegawai kanan untuk menjelaskan pendedahan itu.

“Azhar mesti siasat. Kerusi di Hutan Melintang mungkin dimenangi dengan taktik kotor,” katanya.

Kerusi tersebut mempunyai 31,242 pengundi dengan 55% pengundi berketurunan Melayu, 15% berketurunan Cina dan 28% berketurunan India.

Hutan Melindang salah satu daripada 2 DUN bawah Parlimen Bagan Datuk. Calon BN, Ahmad Zahid Hamidi menewaskan calon PKR, Pakhrurrazi Arshad di situ.-FMT

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");