Perak Hari Ini

Edar 2,000 Bubur Labuk Dan Nasi Lemak Selama 15 Minit

IPOH- Ramadhan merupakan bulan di mana setiap amalan akan ditingkatkan supaya diberi ganjaran sangat istimewa melebihi bulan lain.

Begitu juga dengan Kelab Usahawan Bandar Meru Raya dengan kerjasama Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Tambun, mereka telah memberikan sebanyak 1,000 bungkus nasi lemak dan 1,000 bubur lambuk kepada orang ramai di Meru Raya hari ini.

Timbalan Pengerusi Kelab Usahawan Bandar Meru Raya, Nizam Baharudin berkata, kurang dari 15 minit, semua makanan yang disediakan telah habis diagihkan kepada orang ramai.

“Sepatutnya program hari ini bermula pada jam 4 petang, akan tetapi sudah ramai orang mula berkumpul iaitu sekitar jam 3.30 petang.

“Kami tidak mahu mereka menunggu dengan lebih lama, jadi kami terus sahaja meneruskan pemeberian walaupun sebelum jam 4 petang,” katanya ketika ditemui sebentar tadi.

Menurut beliau, program tersebut merupakan program pertama kali diadakan oleh pihak mereka kerana mereka baru sahaja berdaftar dan perkara berkenaan telah menjadi satu inisiatif pada bulan Ramadhan bagi kelab tersebut.

“Program secara ‘ad hoc’ seperti ini mungkin saja akan dilanjankan lagi pada masa akan datang tetapi mungkin juga tidak ada lagi namun pihak kami tiada ketetapan tarikh atau waktu,” katanya.

Katanya, sasaran memang tertumpu di kawasan Meru Raya dimana perkara berkenaan telah disebarkan melalui media sosial terlebih dahulu dan secara meluas supaya lebih ramai orang mengetahui mengenai program berkenaan.

“Kami juga mempunyai satu kumpulan Usahawan Bandar Meru Raya didalam aplikasi Whatsapp bagi memudahkan penyampaian maklumat,” katanya.

Sumbangan dari segi kewangan telah diberikan oleh Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Tambun bagi menjayakan program berkenaan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");