Membawang Hari Ini

Fathia Kembali Bertudung?

KUALA LUMPUR: Selepas membuat pengumuman tidak lagi berhijab, bulan lalu, Nur Fathia Abdul Latiff kembali mencetuskan persoalan ramai apabila memuat naik foto dirinya bertudung di Instagram Story (IG Story).

Menerusi beberapa foto dikongsi pelakon terbabit, semalam, Fathia kelihatan manis mengenakan tudung yang dipadankan dengan blaus dan seluar palazo warna senada.

Fathia yang dihubungi BH Online bagi mendapatkan penjelasan berhubung perkara itu bagaimanapun enggan mengulas lanjut.

“Salam… Saya tiada komen mengenai perkara itu,” katanya ringkas.

Difahamkan, Fathia kini berada di Kota Bharu, Kelantan, kerana terbabit dengan festival jualan raya bersama beberapa artis lain.

Sebelum ini, Fathia mengundang tanda-tanya apabila memuat naik gambar dirinya yang tidak bertudung. Dia juga memadamkan semua foto lama dalam Instagram.

Tidak lama kemudian, Fathia membuat kenyataan enggan terus berpura-pura, apatah lagi keputusan membuka tudung sudah lama difikirkannya.

Pelakon yang pernah melonjak popularitinya menerusi drama Ariana Rose itu memberitahu, dia tidak mahu memikirkan kecaman netizen kerana sudah biasa ‘dipijak’ dan dihina.-BH

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");