Panasnya Hari Ini
Like

Guan Eng Umum Ahli Pejabat Pengurusan Hutang

May 15, 2019
208 Views
0 Comments
2 minutes read
Guan Eng Umum Ahli Pejabat Pengurusan Hutang

Menteri Kewangan Lim Guan Eng hari ini mengumumkan ahli Pejabat Pengurusan Hutang (PPH) yang berfungsi untuk menyemak serta menguruskan hutang dan liabiliti kerajaan termasuk badan berkanun dan Syarikat Tujuan Khas (SPV).

Kerajaan PH berhasrat untuk mengelakkan berlakunya bayaran khidmat hutang yang lebih tinggi dan tidak bertanggungjawab akibat kelemahan koordinasi dalam penerbitan pinjaman.

“PPH ditubuhkan sebagai salah satu langkah dalam usaha berterusan kerajaan untuk mengatasi dan menyelesaikan masalah hutang dan liabiliti kerajaan yang disembunyikan yang telah mencecah RM1 trilion sejak 2017,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Lim berkata, PPH yang dipengerusikannya akan terdiri daripada ahli berikut:

  • Ketua Setiausaha Negara, Dr Ismail Bakar
  • Ketua Setiausaha Perbendahaaran, Ahmad Badri Mohd Zahir;
  • Ketua Setiausaha Kementerian Hal Ehwal Ekonomi, Saiful Anuar Lebai Hussen;
  • Governor Bank Negara Malaysia (BNM), Nor Shamsiah Mohd Yunus;
  • Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC), Syed Zaid Albar;
  • Pengerusi Kumpulan Permodalan Nasional Berhad, Zeti Akhtar Aziz;
  • Akauntan Negara Malaysia, Saat Esa;
  • Pengerusi Eksekutif PwC Malaysia, Mohammad Faiz Azmi;
  • Penasihat Ekonomi Kepada Perdana Menteri, Dr Muhammad Abdul Khalid.

Lim berkata antara tugas PPG termasuklah menjadualkan terbitan bon dan pinjaman kerajaan, syarikat-syarikat milik kerajaan dan badan-badan berkanun secara teratur untuk memastikan kadar

kupon dan faedah yang paling rendah.

Selain itu, ia juga berperanan untuk menstruktur semula bon-bon dan pinjaman di mana kos pembiayaan dapat dikurangkan untuk menjimatkan peruntukan pembayaran balik hutang, serta merancang strategi-strategi untuk mengurangkan beban hutang kerajaan pada masa akan datang.

“PPH bertujuan untuk mengawal hutang kerajaan agar tidak terus hilang kawalan dan juga memastikan pinjaman hutang secara sesuka hati tanpa sebab munasabah tidak berulang lagi,” katanya.-Mkini

Komen & Pendapat

Comments are closed.