Sukan Hari Ini

Guardiola Sudah Rancang Cara Atasi Liverpool

LONDON: Pengurus Manchester City, Pep Guardiola sudah merancang serangan untuk musim depan dengan mendakwa koleksi pemain bintangnya perlu sekali lagi melepasi 100 mata untuk mengatasi Liverpool dalam pemburuan gelaran Liga Perdana.

City sudah mengumpul 198 mata ketika menang gelaran Liga Perdana sejak dua musim lalu namun 98 mata dikumpul musim ini hanya satu mengatasi Liverpool.

Kini Guardiola mahu memperkukuhkannya untuk musim panas ini selain memperbaharui sedikit skuadnya dan kekal setapak di depan pencabar domestik itu.

“Pertambahan kejohanan adalah satu daripada sebabnya,” kata Guardiola dengan City akan berdepan Watford di Wembley tengah malam ini sambil berharap akan dapat menambah Piala FA kepada gelaran Liga Perdana dan trofi Piala Liga musim ini.

“Pemain perlu merasakan bahawa mereka bermain bagus atau mereka tidak bermain.

“Saya meletakkannya dalam diri sendiri, saya perlu menang sekali lagi. Jika tidak saya tidak akan melakukannya, saya berdepan masalah dan saya tidak boleh berada di sini lagi.

“Itu adalah bola sepak – menang berkali kali dan pemain perlu merasakannya. Apa yang kami lakukan ialah sesuatu yang menakjubkan tetapi dari hari pertama musim depan, kami akan bermula dari kosong.

“Kami perlu melihat apa yang kami lakukan sejak dua musim lalu atau tiga musim lalu, terutama dalam aspek keputusan sejak dua musim lalu.”

Permintaan Guardiola sangat tinggi kerana ancaman daripada skuad Jurgen Klopp sememangnya benar.

Liverpool menamatkan saingan dengan 97 mata musim ini dan bos City itu tidak merasakan kelab dari Anfield itu akan ketinggalan lagi. – AFP

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");