Berita Hari Ini

Guru Liwat 5 Anak Murid

LAWAS: Perbuatan terkutuk seorang guru sekolah rendah di sini yang dipercayai mencabul dan meliwat lima muridnya akhirnya terbongkar padah apabila dia ditahan di Balai Polis Karamunsing, Kota Kinabalu, semalam.

Difahamkan guru berusia 31 tahun dan sedang bercuti di Kota Kinabalu, ditahan sepasukan pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lawas, jam 7.30 petang, susulan laporan yang dibuat beberapa jam sebelum itu.

Ketua Polis Daerah Lawas, Deputi Superintendan Abang Zainal Abidin Abang Ahmad, ketika dihubungi, mengesahkan tangkapan itu lapor BHarian.

“Siasatan awal mendapati suspek mencabul dan meliwat lima bekas murid lelakinya yang kini berusia 13 hingga 15 tahun ketika mereka masih di sekolah rendah.

“Perbuatan itu dilakukan sejak tahun 2016 sehingga tahun lalu dan terbongkar apabila ada mangsa yang kini berada di sekolah menengah, mula bercakap serta berkongsi antara mereka berkenaan tindakan tidak bermoral guru terbabit,” katanya.

Beliau berkata, dua mangsa dirujuk ke Hospital Lawas bagi menjalani pemeriksaan, manakala tiga lagi diminta memberikan kenyataan untuk direkodkan.

Beliau berkata, suspek sudah dibawa ke IPD Lawas untuk tindakan lanjut.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");