Berita Hari Ini

Hakim Benarkan Rosmah, Rizal Dibicara Bersama Tahun Depan

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan permohonan pendakwaan untuk membicarakan Rosmah Mansor dan bekas pegawai khas perdana menteri, Rizal Mansor, secara bersama dalam kes rasuah.

Bagaimanapun hakim Mohamed Zaini Mazlan menolak permohonan pihak pendakwaan untuk membicarakan kedua-dua tokoh berprofil tinggi itu secara bersama bagi kes pengubahan wang haram.

Kata Mohamed Zaini, bagi kes tuduhan rasuah melibatkan projek tenaga hibrid solar di Sarawak itu beliau berpendapat ada kriteria mencukupi untuk Rosmah dan Rizal dibicarakan bersama.

Bagaiamanapun kata hakim itu beliau tidak bersetuju dengan hujah pendakwaan mengenai kes pengubahan wang haram berdasarkan Seksyen 91 Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Aktiviti Haram 2001 (Amla).

“Justeru saya mengarahkan kes Amla Rosmah dibicarakan secara berasingan,” katanya.

Rizal hadir di mahkamah semasa keputusan itu dibuat, manakala Rosmah yang juga isteri Najib Razak tidak hadir kerana bercuti sakit.

Mohamed Zaini kemudian bertanya kepada Timbalan Pendakwa Raya Gopal Sri Ram mengenai jumlah saksi yang akan dipanggil bagi perbicaraan bersama Rosmah dan Rizak.

Gopal yang juga bekas hakim mahkamah persekutuan memberitahu pihaknya bercadang memanggil seramai 17 orang saksi untuk memberi keterangan.

Hakim kemudian menetapkan perbicaraan tersebut akan dijalankan tahun depan pada:

  • 3 Feb – 6 Feb
  • 10 Feb – 13 Feb
  • 17 Feb – 20 Feb
  • 9 Mac – 12 Mac,
  • 6 April – 9 April
  • 13 April – 16 April
  • 20 April – 23 April
  • 27 April – 30 April.

Beliau juga menetapkan 6 Jan tahun depan sebagai tarikh sebutan untuk kes rasuah projek tenaga hibrid solar berkenaan.

Untuk kes pengubahan wang haram Rosmah, hakim menetapkan ia dibicarakan pada:

  • 11 Mei – 14 Mei
  • 18 Mei – 21 Mei
  • 29 Jun
  • 2 Julai
  • 6 Julai – 9 Julai
  • 13 Julai – 16 Julai

Akberdin Abdul Kader dan Jagjit Singh hadir bagi pihak Rosmah untuk kes tuduhan rasuah tenaga hibrid solar, manakala Manjeet Singh Dhillon, K Kumaraendran dan Geethan Ram Vincent bertindak mewakili beliau untuk kes pengubahan wang haram.

Ridha Abdah Subri pula bertindak sebagai peguam bela Rizal.-Mkini

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");