Perak Hari Ini

Harap Pelajar Dapat Masuk Ke Sekolah Baru 2 Tahun Lagi

IPOH- Ahli Parlimen Gopeng, Dr Lee Boon Chye berharap agar Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil SJK (T) Gunung Rapat akan siap sepenuhnya dalam tempoh yang ditetapkan.

Beliau yang juga Timbalan Menteri Kesihatan turut akan memastikan para pelajar boleh berpindah ke sekolah baru tersebut dalam tempoh dua tahun akan datang.

“Pihak kami mendapati bahawa pembinaan sekolah ini menghadapi sedikit kelewatan dan pihak kontraktor akan mencari jalan penyelesaian bagi menyegerakan pembinaan ini.

“Setakat ini sudah hampir 60 peratus pembinaan siap dibina” katanya dalam satu sidang media hari ini.

Dalam pada itu, beliau turut mengulas mengenai kadar obesiti dalam kalangan pelajar sekolah yang dilihat meningkat dari tahun ke tahun.

“Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berkerjasama dalam menangani kadar obesiti dalam kalangan pelajar.

“Memang kita sentiasa mempromosikan cara hidup sihat malah turut menggalakkan peningkatan aktiviti sukan kerana KKM tahu kadar obesiti memang tinggi dalam kalangan pelajar sekolah.

Menurut beliau, kadar obesiti yang dicatatkan dalam kalangan orang dewasa adalah sebanyak 48 peratus dan pelajar sekolah sebanyak 40.6 peratus pada tahun 2017 yang berumur dari 10 hingga 17 tahun dan meningkat kepada 40.8 peratus.

“Berbanding dengan tahun 2012, catatan menunjukkan kadar obesiti dikalangan pelajar meningkat dalam tempoh lima tahun.

“KKM sentiasa menekankan kepada para pelajar untuk mengamalkan gaya hidup sihat disamping turut menitikberatkan kadar pengambilan gula.

“Kita menggalakkan pelajar supaya mengurangkan pengambilan gula,” katanya.

Selain itu katanya, penyediaan makanan oleh pihak kantin juga sentiasa dikawal bagi memastikan makanan yang disediakan sejajar dengan kadar diet yang seimbang serta sihat.

“Bagi peniaga yang menjual makanan ringan di kawasan sekolah pula, jenis makanan seperti ini tidak dibenarkan untuk diniagakan di dalam kawasan sekolah terutamnya kepada pelajar,” katanya.

Tambahan, beliau turut mengulas mengenai status klinik serta farmasi haram yang dibuka di negera ini.

Katanya, kesemua klinik, farmasi serta semua pengamal perubatan mesti mendaftar dibawah KKM jika tidak mahu diambil tindakan.

“Jika mereka telah didaftarkan, maka mereka perlulah mempunyai sijil amalan tahunan iaitu untuk membolehkan mereka mengendalikan ubat- ubatan berkenaan.

“Namun jika tidak didaftarkan secara sah, maka mereka jelas mengenepikan cara pengendalian dadah secara sah dan boleh di dakwa di bawah akta yang berkaitan,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");