Membawang Hari Ini

Ibu Zizie Ezette Terkejut, Tak Tahu Anak Ditahan SPRM

Petang semalam, laporan akhbar melaporkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menahan Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin dan isterinya, Datin Seri Zizie Ezette bagi membantu siasatan berhubung kes rasuah dalam Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan (Felcra).

Susulan penahanan itu, ibu kepada Zizie Ezette iaitu pelakon veteran, Khaty Fauziah mengakui terkejut dengan berita tersebut. Katanya lagi, dia juga tidak dimaklumkan oleh sesiapa berhubung perkara berkenaan.

“Saya tidak tahu-menahu mengenai perkara itu kerana ketika ini saya berada di Melaka. Zizie atau Sam juga tidak maklumkan apa-apa kepada saya.

“Mereka tahu saya ada penyakit darah tinggi dan kencing manis, jadi mereka tak akan buat saya susah hati. Awak juga jangan cakap banyak dengan saya, tak fasal saya pengsan nanti,” katanya kepada mStar Online.

Difahamkan siasatan kes rasuah agensi kerajaan tersebut melibatkan nilai hampir RM3 juta.

Semalam, pihak SPRM telah menahan Bung Moktar pada pukul 10.50 pagi di SPRM Sabah, manakala Zizie ditahan di SPRM Putrajaya pada pukul 11.15 pagi. Kedua-dua mereka kemudian dilepaskan dengan jaminan SPRM dan dijangka akan didakwa pada Jumaat ini.

Untuk rekod, Bung Moktar merupakan bekas Pengerusi Felcra sebelum melepaskan jawatan tersebut pada Mei 2018.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");