Panasnya Hari Ini

Ismail Sabri: Melayu Tak Gembira Ada Banyak Parti

KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang Ismail Sabri Yaakob menyifatkan penubuhan lebih banyak parti berteraskan Melayu hanya akan memecahkan lagi kaum tersebut.

Bagaimanapun naib presiden Umno itu berkata pihaknya tidak dapat menghalang penubuhan parti lain kerana Malaysia mengamalkan demokrasi.

“Kita tak boleh halang, Malaysia demokrasi, sesiapa sahaja boleh tubuh parti asalkan ia diluluskan Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS).

“Tetapi lebih banyak parti Melayu, lebih berpecah orang Melayu,” katanya kepada pemberita pada sidang media di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, hari ini.

Turut hadir beberapa pemimpin kanan PAS termasuk setiausaha agungnya Takiyuddin Hassan.

Terdahulu Ismail Sabri diminta mengulas mengenai penubuhan parti Putra yang diasaskan bekas orang kuat Umno dan timbalan menteri, Ibrahim Ali.

Beberapa bekas pemimpin Umno juga menyertai parti diasaskan presiden Perkasa itu.

Menurut Ismail Sabri, jika sokongan yang diterima parti terbabit terlalu besar, ia memang akan memberi kesan kepada parti Melayu sedia ada.

Bagaimanapun, jika sebaliknya yang berlaku, sokongan kepada parti Melayu lain tidak akan terjejas.

“Cuma orang Melayu tak gembira,” katanya.

Mengulas lanjut, Ismail berkata tiada keperluan Putra ditubuhkan kerana sudah parti pembangkang berteraskan Melayu – iaitu PAS dan Umno – sudah bergabung memetik laporan MKini.

“Kenapa ada banyak parti Melayu sedangkan kita satukan Umno PAS untuk kecilkan perpecahan Melayu? Tapi muncul lagi parti baru.

“Tak tahu berapa banyak lagi parti akan muncul nak pilihan raya umum (PRU) nanti,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");