Berita Hari Ini

Istiwa Adzam Tentu Kedudukan Arah Kiblat

JOHOR: Umat islam berpeluang menyemak dan menentukan arah kiblat berikutan dengan fenomena Istiwa Adzam yang akan berlaku pada jam 5.16 petang, 28 Mei (Selasa) ini.

Fenomena ini berlaku dua kali setahun dan bagi 2019, kejadiannya pada 28 Mei dan 16 Julai depan.

Mufti Johor, Datuk Yahya Ahmad berkata, semakan arah kiblat boleh dilakukan melalui kewujudan fenomena ini.

“Semakan boleh dibuat di mana mana tempat berdasarkan kepada rujukan bayang matahari pada masa dan tarikh tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan oleh Jabatan Mufti Negeri Johor, 16 Mei lepas.

Pada perkembangan sama, Yahya Ahmad juga berharap agar maklumat berkenaan fenomena ini dapat dimaklumkan serta dihebahkan kepada semua masjid dan surau.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");