Perak Hari Ini

Isu Pemusnahan Anjing Liar Ikut SOP

IPOH: Berikutan viralnya sebuah video pemusnahan anjing liar oleh Penguatkuasa PBT di media sosial baru-baru ini Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) menegaskan bahawa ia dilakukan mengikut prosedur yang telah ditetapkan.

Pihak MBI hari ini mengeluarkan kenyataan dengan memaklumkan bahawa Penguatkuasa MBI sentiasa konsisten menjalankan tindakan penguatkuasaan terhadap pemilik anjing serta pemusnahan anjing liar mengikut SOP yang telah ditetapkan.

“Video yang telah diviralkan tersebut berlaku pada 22 Mei 2019 jam 10.00 pagi yang mana 1 Unit Kawalan Anjing Penguatkuasa MBI telah ditugaskan ke skim perumahan baru di Pengkalan Gate bagi tujuan menyelesaikan aduan berulang berkaitan banyak anjing yg berkeliaran di kawasan berkenaan.

“Penguatkuasa MBI telah dibawa oleh wakil penduduk kawasan tersebut bagi mengatasi aduan berkaitan anjing liar yang telah menyerang kambing ternakan dan seorang pegawai kanan tentera,” memetik kenyataan MBI.

Hasil daripada aduan itu juga, seekor anjing liar telah dimusnahkan di kawasan berkenaan bagi menyelesaikan aduan tersebut dan kaedah pemusnahan yang digunakan oleh Penguatkuasa MBI adalah mengikut prosedur yang ditetapkan dibawah Undang-Undang Kecil Pelesenan Anjing (MPI) 1987.

Pada perkembangan sama, seluruh warga kota dipohon agar bekerjasama membantu masalah anjing liar di kawasan masing-masing dengan membuat aduan di talian whatssapp MBI iaitu, 019-5503083 bagi menjadikan Bandaraya Ipoh bebas daripada masalah anjing liar.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");