Berita Hari Ini

Jho Low Ulangi Pemulangan Barang Kemas Bukan Pengakuan Salah

Ahli perniagaan Low Taek Jho mengulangi bahawa pemulangan set barang kemas untuk ibunya Evelyn Goh, bukan satu pengakuan salah.

Menurut Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat, barangan kemas itu dipercayai diperolehi dengan menggunakan dana 1MDB yang diselewengkan.

Jurucakap Low, melalui peguamnya dalam satu kenyataan berkata ahli perniagaan yang menjadi buruan itu “gembira” dimaklumkan bahawa DOJ dan semua pihak yang berkaitan telah bekerjasama “untuk mencari penyelesaian masalah ini secara baik”.

Jurucakap itu menambah bahawa Low juga gembira kerana DOJ “mengakui bahawa pemindahan […] tidak boleh ditafsirkan sebagai pengakuan salah atau liabiliti di pihak ‘penjaga’ semasa atau mana-mana pihak lain”.

“Kami mengharapkan penyelesaian berterusan isu-isu ini,” kata jurucakap itu.

Dalam pemfailan mahkamah bertarikh 1 Mei, DOJ berkata pihaknya kini mencapai persetujuan dengan peguam bagi penjaga tersebut untuk memulangkan barang kemas bernilai hampir AS$1.7 juta itu.

Barang kemas tersebut terdiri daripada sepasang anting-anting dan cincin berlian yang sepadan.

DOJ bagaimanapun tidak menamakan penjaga terbabit.

Pada November lalu, DOJ dilaporkan meminta bantuan Bangkok untuk mengeluarkan waran berhubung barang kemas yang dikaitkan dengan isu 1MDB itu.

Waran berkenaan dikeluarkan kerana DOJ percaya Goh berada di Thailand.

Pada 15 Jun tahun lepas, DOJ memfailkan saman pelucutan sivil atas pelbagai aset yang dipercayai dibeli menggunakan hasil penyelewengan 1MDB yang telah disalurkan melalui sistem kewangan AS, termasuk barangan kemas.-Mkini

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");