Perak Hari Ini

Jual Rokok Seludup Dan Mercun: Ketua Kampung Direman Tiga Hari

SERI ISKANDAR: Seorang lelaki berusia 57 tahun yang juga merupakan ketua kampung ditahan reman selama tiga hari ekoran menjual rokok seludup serta mercun tanpa permit.

Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintendan Mohamad Zainal Abdullah berkata serbuan telah dibuat oleh sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah IPD Perak Tengah pada malam semalam.

“Berdasarkan maklumat yang diterima, lebih kurang jam 11.10 malam pihak kami telah melakukan serbuan ke atas rumah suspek yang terletak di Kuarters JKR Kampung Gajah.

“Hasil maklumat risikan dan pemantauan, suspek telah ditahan dan direman bermula 27 sehingga 29 Mei ini,” katanya dalam satu sidang media di IPD Perak Tengah di sini, hari ini.

Selain itu katanya, suspek yang juga kakitangan awam sebuah jabatan dikatakan sedang bercuti sebelum bersara itu baru sahaja menerima barangan berkenaan beberapa jam sebelum serbuan dibuat.

“Hasil rampasan bagi kedua-dua barangan berkenaan berjumlah kira-kira RM7,000 iaitu RM5,000 bagi nilai mercun dan RM2,000 nilai bagi rokok seludup.

“Kedua-dua kes ini disiasat di bawah Seksyen 135 (1) (d) Akta Kastam 1967 iaitu memiliki rokok seludup yang dilarang dan bagi mercun pula, kes akan disiasat di bawah Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957 kerana memiliki dan menjual mercn dan bunga api tanpa permit.

“Barangan yang suspek miliki adalah barang yang salah di sisi undang-undang yang mana tidak dijual di pasar malam atau tempat yang terbuka,” katanya.

Tegas beliau, cuma mercun jenis ‘Pop Pop’ dan ‘Happy Boom’ sahaja yang dibenarkan untuk dijual dan akan diberikan permit oleh pihak polis.

“Jika ada penjualan mercun jenis lain berikut adalah mercun yang tidak mempunya lesen.

“Soal siasat mendapati suspek memperolehi bekalan mercun dan rokok seludup dari Teluk Intan dan pasarannya di sekitar Perak Tengah.

“Suspek juga mempunyai sebuah kedai runcit dan dipercayai sudah hampir enam tahun menjual rokok seludup, namun tidak dijual secara terbuka dan hanya kepada individu tertentu saja,” katanya.

Dalam perkembangan yang sama, Mohamad Zainal turut berpesan kepada masyarakat yang ingin pulang ke kampung atau bercuti panjang dengan meninggalkan kediaman supaya datang ke balai polis bagi melaporakan ketiadaan di rumah supaya pantauan dapat dibuat.

“Setakat ini di Daerah Perak Tengah, sebanyak 18 buah rumah yang telah melaporkan supaya dipantau dan diawasi.

“Pihak polis akan membuat rondaan setiap hari dan setiap malam malam setakat semua rumah-rumah dalam keadaan selamat.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");