Membawang Hari Ini

Kate Middleton Cipta Taman Semulajadi Promosi Kesejahteraan Mental

LONDON: Duchess of Cambridge, Kate Middleton mereka taman pertunjukan di Pertunjukan Bunga Chelsea, dengan memaparkan keindahan dan keunikan hutan yang mampu membawa kesejahteraan mental kanak-kanak serta golongan dewasa.

Mendapat kerjasama artis landskap Andree Davies dan Adam White, taman bertema ‘Kembali ke Taman Semulajadi’ itu dihiasi dengan buaian, rumah pokok dan anak sungai serta air terjun.

“Ia adalah kawasan semulajadi, satu persekitaran yang amat menarik untuk orang dewasa dan kanak-kanak saling berkongsi dan meneroka.

“Saya amat percaya bahawa alam semulajadi dan berada di luar memberi faedah amat besar kepada kesejahteraan mental khususnya di kalangan kanak-kanak, “ katanya kepada media sebelum pembukaan secara rasmi taman itu.

Kate Middleton mereka taman pertunjukan di Pertunjukan Bunga Chelsea, dengan memaparkan keindahan dan keunikan hutan. – Foto EPA

Keindahan dan keunikan hutan yang mampu membawa kesejahteraan mental kanak-kanak serta golongan dewasa. – Foto EPA

Kate yang memiliki tiga zuriat bersama Putera William berkata, beliau kebelakangan ini lebih banyak memberi tumpuan kepada perkembangan awal kanak-kanak.

“Saya yakin apabila kita menghabiskan lebih banyak masa melakukan aktiviti sihat di luar sewaktu masih muda, ia membolehkan kita memainkan peranan dalam membentuk generasi anak-anak untuk tampil menjadi individu dewasa yang sihat dan gembira,” katanya menerusi satu hantaran di Instagram.

Pertunjukan Bunga Chelsea yang dibuka untuk jemputan khas dan media hari ini serta orang awam bermula Selasa hingga Sabtu adalah acara paling berprestij dalam kalendar Britain. – Reuters

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");