Perak Hari Ini

Kawasan Perumahan Mampu Milik Bakal Dibangunkan Di Tapah

TAPAH- Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu mengumumkan bahawa satu kawasan perumahan di Daerah Tapah bakal dibangunkan tidak lama lagi.

Katanya, perumahan mampu milik itu akan dibangunkan khas buat masyarakat yang tinggal di daerah berkenaan.

“Satu kawasan baru akan kita buka untuk dibangunkan khas dengan harga yang cukup istimewa,” katanya.

Beliau turut berseloroh supaya rakyat menyimpan duit dan jangan belanja yang bukan-bukan semasa musim perayaan ini supaya dapat membeli rumah berkenaan

Beliau berkata demikian dalam satu sidang media semasa Majlis Berbuka Puasa di perkarangan Masjid Al-Rahmaniah, Batu Melintang dekat sini.

Beliau yang juga Adun Cenderiang berkata, perkara tersebut merupakan satu hadiah kepada warga Cenderiang di mana tempat beliau menumpang kasih sehingga bergelar Menteri Besar.

Dalam pada itu, pada majlis yang sama, beliau turut menyampaikan sumbangan kepada beberapa orang asnaf.

 

Terdahulu, beliau turut hadir ke Majlis Gotong Royong Bubur Lambuk bersama penduduk Kampung Katak dimana seramai 150 orang telah melibatkan diri.

Dalam pada itu, hadir sama, Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Eddien Syazlee Shith yang bersama-sama mengendarkan bubur lambuk kepada pengguna jalan raya berhadapan dengan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tapah serta pengunjung Bazar Ramadhan Tapah petang tadi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");