Berita Hari Ini

Kedudukan Ketua Pengarah Yapeim Akan Diketahui Tidak Lama Lagi, Kata Ahli Lembaga

PONTIAN: Keputusan mengenai kedudukan Ketua Pengarah Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (Yapeim), Abibullah Samsudin hanya akan diketahui dalam masa sehari dua ini.

Ahli Lembaga Pemegang Amanah, Abdul Ghafar Ismail berkata satu siaran akhbar akan dikeluarkan atau sidang akhbar mungkin akan diadakan oleh lembaga pemegang amanah bagi memperjelaskan isu melibatkan pegawai kanan yayasan itu.

“Tunggu sehari dua ini. Insya-Allah…saya tidak boleh menyatakan sehingga siaran akhbar dilakukan atau mungkin lembaga pengarah akan memanggil media sekali lagi untuk menjelaskan keadaan ini,” kata beliau kepada pemberita selepas program Yapeim di Masjid Jamek Haji Ahmad Shah, Kampung Rimba Terjun hari ini.

Beliau mengulas mengenai kedudukan Abibullah, sama ada masih bertugas atau tidak.

Dua hari lepas, Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil dilaporkan membuat laporan polis berhubung penularan video seorang lelaki yang didakwa Abibullah mempengaruhi kakitangan Yapeim pada pilihan raya umum lepas.

Ketika ditanya sama ada lembaga pemegang amanah telah menetapkan tindakan tatatertib ke atas Abibullah, beliau menjelaskan beberapa tindakan telah diambil tetapi bukan tatatertib, termasuk pembentukan satu jawatankuasa khas audit dalaman sejak November lepas, bagi menangani isu berkenaan, berdasarkan laporan dari PricewaterhouseCoopers (PWC).

“Kita ahli lembaga pengarah sedia maklum kakitangan Yapiem berjawatan tetap jadi segala tindakan haruslah melalui saluran tertentu, proses tertentu termasuk garis panduan yang diikuti.

“Garis panduan yang diikuti ini harus telus dan jelas supaya kita tidak membuat satu keputusan yang boleh menyebabkan seorang individu itu teraniaya atau mungkin akan disabitkan kesalahan tanpa ada apa-apa bukti,” kata Ghafar.-FMT

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");