Berita Hari Ini

Kemenangan Modi, penduduk Muslim India putus harapan

AYODHYA: Kemenangan besar pilihan raya bagi parti nasionalis Hindu di India, semalam, menyebabkan ramai penduduk Muslim seolah-olah putus harapan sehingga ada yang sanggup membenarkan tuntutan pembinaan kuil di sebuah tapak masjid musnah.

Menurut BH Online, Parti Perdana Menteri Narendra Modi, Bharatiya Janata Party (BJP) dijangka menang majoriti lebih besar berbanding 2014, menurut data suruhanjaya pilihan raya, ia mengukuhkan penyokong konservatif Hindu untuk menguatkan tuntutan bagi majoriti komuniti Hindu.

Ramai penduduk Hindu percaya sebuah masjid yang dirobohkan pada 1992 di utara Ayodhya dibina atas tapak sama di mana Tuhan Ram dilahirkan.

Mereka menunjukkan bukti kewujudan kuil, sebelum masjid itu dibina pada 1528.

Pemusnahan masjid itu oleh penduduk Hindu membawa kepada rusuhan yang mengorbankan 2,000 orang di seluruh negara.

Reuters menemui puluhan Muslim di Ayodhya dan semuanya memaklumkan mereka tidak mempunyai masalah dengan pembinaan sebuah kuil Hindu di situ.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");