Berita Hari Ini
Like

Kenapa Takut Sangat, KPN Persoal Langkah Larang SB Hadir Sidang Media

May 13, 2019
325 Views
0 Comments
58 seconds read
Kenapa Takut Sangat, KPN Persoal Langkah Larang SB Hadir Sidang Media

PETALING JAYA: Ketua Polis Negara, Abdul Hamid Bador hari ini mempertahankan kehadiran anggota Cawangan Khas (SB) dalam acara yang diadakan berikutan keputusan Warisan melarang mereka hadir sidang medianya, dengan berkata mereka berada di situ bagi menjamin keselamatan dan kesejahteraan awam.

Beliau memberitahu pemberita di Putrajaya sama ada pegawai berkenaan memakai seragam atau tidak, mereka adalah sebahagian daripada pasukan polis dan bertanggungjawab melindungi orang awam.

“Kita perlembagaan. Kita ada undang-undang. Jadi kenapa takut sangat sampai nak keluarkan arahan?”

“Kalau kegiatan dibuat di tempat awam, kita sentiasa berada di mana-mana, jadi kita hadirlah.

“Sebenarnya, tak kiralah Cawangan Khas atau bukan, tujuan kehadiran polis semata-mata untuk memastikan ketenteraman dan keselamatan. Sama ada beruniform atau tidak, mereka adalah polis,” katanya.-FMT

Komen & Pendapat

Comments are closed.