Sukan Hari Ini

Kepa Lega Dapat ‘Tebus Dosa’

LONDON: Penjaga gol Chelsea, Kepa Arrizabalaga menegaskan ‘insiden’ di Wembley membabitkan pengurus Maurizio Sarri sebagai masa silam dan lega berpeluang membuktikan dirinya dengan menjadi wira pasukan di Liga Europa.

Kejayaan Kepa menafikan dua sepakan pemain Eintracht Frankfurt, Martin Hinteregger dan Goncalo Paciencia menghantar Blues ke pentas akhir Liga Europa menentang seteru London, Arsenal di Baku, hujung bulan ini.

Pada aksi final Piala Liga di Wembley, Februari lalu, Kepa mencetus kontroversi apabila enggan mematuhi arahan Sarri untuk dikeluarkan dan natijahnya Chelsea tewas kepada Manchester City menerusi penentuan penalti.

Begitupun, Kepa ‘menebus dosanya’ dengan menyelamatkan dua sepakan sebelum Eden Hazard melengkapkan kemenangan di Stamford Bridge ketika perlawanan separuh akhir penuh debaran itu terikat 2-2 secara agregat.

“Penalti memerlukan tuah, kami mungkin tewas atau menang, inilah bola sepak,” kata Kepa. “Suasana di sini amat bagus, kami menentang pasukan yang kuat dan kami amat gembira.

“Kami sentiasa bersedia mengharungi semua perlawanan, semua penentuan penalti, tetapi kami bertuah hari ini. Wembley adalah masa silam, saya belajar sesuatu, saya meminta maaf kepada semua orang tetapi kami sentiasa bekerja keras dan hari ini adalah perlawanan yang berbeza. Ia satu lagi aksi separuh akhir dan kami semua gembira untuk layak ke final di Baku.”

Mengulas aksi final menentang Arsenal, Kepa mengakui teruja untuk mengharungi perlawanan berkenaan.

“Kami akan berdepan aksi final dan tetangga London yang sukar,” kata penjaga gol kelahiran Sepanyol itu. Saya fikir kami berdepan sedikit kesukaran pada musim ini tetapi kami sudah berada di dua aksi final, layak ke Liga Juara-Juara jadi ia musim yang baik.” –  Agensi

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");