Perak Hari Ini

Kerajaan PH Berada Di Landasan Yang Betul- Ahmad Faizal

IPOH- Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu menyifatkan bahawa kerajaan baharu yang diterajui oleh Pakatan Harapan (PH) kini berada di landasan yang betul.

Katanya, hal tersebut juga sejajar dalam mengembalikan Malaysia sebagai sebuah negara yang digeruni dari segi ekonomi malah yang paling penting adalah untuk memupuk kesedaran dalam kalangan rakyat untuk berkerja dengan lebih kuat.

“Apa berlaku pada hari ini kita telah mundur beberapa tahun dan dengan usaha dari kerajaan PH kita dapat melangkah dengan lebih pantas supaya berada di landasan yang betul dengan apa yang telah kita cita-citakan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang media semasa Program Penyediaan Bubur Lambuk Peringkat Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) bersama kakitangan MBI di Dataran MBI di sini, hari ini.

Dalam pada itu, beliau enggan mengulas dengan lebih lanjut mengenai kenyataan Setiausaha Agung Umno, Annuar Musa mengenai ucapan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad yang dikatakan mengandungi mesej halus yang diingin disampaikan terhadap Presiden PKR, Anuar Ibrahim.

“Saya tidak kenal Annuar Musa dan saya tidak mahu beri sebarang komen mengenai orang yang bukan-bukan. ‘No point’ untuk komen orang yang tak betul,”katanya.

Tambah beliau, ucapan Tun M dilihat begitu jujur iaitu dengan memaklumkan kepada semua rakyat menegnai pencapaian yang telah dibuat oleh kerajaan PH dan kekangan yang dihadapi apabila sesuatu usaha dilihat begitu lewat untuk dijayakan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");