Berita Hari Ini

Kerana Kayu Golf Jurutera JKR Ditahan SPRM

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang jurutera di Jabatan Kerja Raya (JKR) sebuah daerah di Selangor, semalam bagi membantu siasatan berhubung penerimaan tujuh kayu golf bernilai RM1,990.

Sumber berkata lelaki berusia 40 tahun itu diberkas SPRM di pejabat SPRM Selangor, Shah Alam, pada jam 3.40 petang, ketika hadir memberi keterangan.

Katanya, suspek didakwa menerima kayu golf berkenaan daripada seorang kontraktor sebagai balasan mendapatkan projek penyelenggaraan jalan di sebuah daerah di Selangor.

“Suspek menerima tujuh kayu golf berkenaan di pejabatnya pada 15 Mac lalu dipercayai kerana membantu seorang kontraktor mendapatkan projek dengan pejabat JKR daerah.

“Projek itu termasuk mengecat semula garisan jalan yang dianggarkan bernilai lebih RM200,000.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009,” katanya pada BH, hari ini.

Sementara itu, Pengarah SPRM Selangor, Datuk Alias Salim ketika dihubungi mengesahkan penangkapan suspek berkenaan.

“Permohonan reman terhadap suspek akan dibuat di Mahkamah Shah Alam hari ini,” katanya. -BHarian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");