Membawang Hari Ini

‘Kes Penyelewengan Di Finas Cabaran Terbesar Saya’

KUALA LUMPUR: Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) Ahmad Idham Ahmad Nadzri menyifatkan isu penyelewengan kewangan sebagai cabaran terbesar yang terpaksa dihadapinya.

“Bila masuk dalam Finas, memang saya terkejut dengan pelbagai masalah yang timbul. Saya tertanya-tanya, apa dah jadi?

“Mana duit Finas pergi? Kes dengan SPRM berlambak-lambak,” katanya ketika ditanya cabaran dihadapi ketika menerajui Finas.

Ahmad Idham memegang jawatan tersebut sejak 12 Mac lalu.

Bagaimanapun, di sebalik pelbagai kontroversi itu, Ahmad Idham yakin ia akan dapat diselesaikan secara berperingkat memetik MKini.

“Saya tak rasa saya boleh selesaikan semua masalah ini dalam waktu terdekat.

“Tetapi, saya yakin ia akan diselesaikan secara berperingkat,” katanya yang menyerahkan kepada SPRM.

Sebelum ini, Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo meminta SPRM mempercepatkan siasatan kes dakwaan kehilangan dana Finas sebanyak RM25 juta.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");