Sukan Hari Ini

Kesilapan Individu Punca Tewas – Durakovic

PERAK kurang bernasib baik apabila kecundang 2-3 di tangan Melaka dalam saingan Liga Super di Stadium Perak malam tadi.

Memetik laporan Stadium Astro, kekalahan berpunca daripada kesilapan benteng itu nyata cukup memeritkan buat skuad The Bos Gaurus yang sedang melakukan kebangkitan selepas ketinggalan 1-2 dalam babak pertama.

Brendan Gan meletakkan tuan rumah di depan tetapi Nazrin Nawi dan Patrick Reichelt mengubah kedudukan berpihak kepada Melaka sebelum rehat.

J. Partiban kemudian menyamakan kedudukan di awal babak kedua dan tuan rumah kembali mendapat momentum tetapi peluang demi peluang gagal disudahkan selain penjaga gawang pelawat, Khairul Fahmi Che Mat, berjaya menyelamat percubaan Raianderson Careca dan Ronaldo Henrique Silva.

Sebaliknya, pelawat menggunakan sekelumit peluang dalam babak kedua itu apabila Reichelt yang tidak dikawal dengan mudah menolak masuk bola muntah daripada tangkapan Khairul Amri Salehuddin hasil rembatan kencang Wan Amirul Afiq Wan Abdul Rahman di minit ke-74.

Skrip sama setiap perlawanan iaitu gagal menyudah peluang dicipta menjadi faktor anak buah Mehmet Durakovic itu terpaksa gigit jari di akhir perlawanan.

“Kami mencipta banyak peluang terutama tetapi gagal disudahkan.

“Sedikit kesilapan oleh individu menyebabkan kami kecundang,” kata Durakovic selepas perlawanan.

Ketua jurulatih turut itu mengakui kecewa tetapi enggan menuding jari kepada sesiapa demi menjaga keharmonian dalam pasukan.

“Kami satu keluarga. Kami bersama sewaktu menang dan kalah. Lagipun pemain telah mempamerkan aksi terbaik dan mencuba sedaya upaya.

“Ini permainan sepasukan walaupun tidak dinafikan berlaku kesilapan oleh individu.”

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");