Perak Hari Ini

Khabar Angin Pesakit TB Lari Hospital Tidak Benar

IPOH- Kerajaan negeri mengesahkan bahawa khabar angin mengenak seorang pesakit yang menghidap penyakit Tuberculosis (TB) di Hospital Raja Permaisuri Bainun telah melarikan diri semasa rawatan adalah tidak benar.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Hal Ehwal Pengguna, Masyarakat Sivil, Integrasi Nasional dan Sumber Manusia, A. Sivanesan berkata, pihaknya telah mendapatkan maklum balas awal bagi mengesahkan perkara berkenaan.

“Hasilnya, kes berkenaan tidak benar namun memang ada kes TB yang didaftarkan pada setiap tahun di negeri Perak sehingga 23 Mei 2019.

“Bermula dari 1 Januari sehingga 23 Mei, sebanyak 635 kes TB di negeri ini telah didaftarkan yang mana sebanyak 22 kes adalah dari kalangan warga asing iaitu sebanyak 13 kes warga Indonesia, tiga dari Vietnam, dua dari Nepal, dua dari Myanmar, satu dari India dan Bangladesh,” katanya dalam satu sidang media di Bangunan Perak Darul Ridzuan hari ini.

Katanya, jumlah kes yang didaftar bermula dari tahun 2015 adalah sebanyak 1657 kes, 2016 sebanyak 1666 kes, 2017 sebanyak 1703 kes, 2018 sebanyak 1546 kes dan 2019 adalah seperti yang dinyatakan.

Selain itu katanya, hampir 80 peratus kes TB di negeri ini adalah jenis TB paru-paru yang boleh ditularkan melalui titian cecair pernafasan apabila kes batuk atau bersin.

“Semua kes yang dikesan berjangkit mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 temasuk TB perlu di maklumkan kepada Pejabat Kesihatan Negeri.

“Dibawah akta yang sama, orang yang mengalami penyakit berjangkit termasuk TB tidak boleh bertindak sehingga boleh merebakkan penyakit berkeaan serta perlulah mendapatkan rawatan segera.

“Sikiranya ada individu yang ingkar dengan peraturan yang ditetapkan, laporan polis akan dibuat dan tindakan undang-undang akan diambil,” katanya.

Dalam pada itu tambah beliau, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah menyenaraikan tujuh penyakit yang dikecualikan dari dikenakan caj rawatan iaitu demam kuning, E-bola, Kolera, Malaria, Palgue, Tifoid serta TB.

“Semenjak tahun 2016, KKM juga telah mengecualikan caj rawatan ubat ‘first line’ TB kepada warga asing yang dikesan menghidap penyakit berkenaan semasa saringan,” katanya.

Menurut beliau, penekanan diberikan oleh KKM ekoran penyakit TB boleh merebak melalui udara namun penyakit berkenaan dapat dirawat sepenuhnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");