Berita Hari Ini

Kit Siang Nafi Kempen DAP Singkirkan Maszlee

Anggota Parlimen Iskandar Puteri Lim Kit Siang menafikan spekulasi yang menggambarkan DAP berusaha untuk menyingkirkan Menteri Pendidikan Maszlee Malik.

Lim merujuk beberapa portal politik yang melaporkan DAP dikatakan mendesak Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad untuk menggantikan Maszlee dengan timbalannya, Teo Nie Ching dari parti itu.

“Tidak ada kebenaran dalam posting, yang mana adalah bohong dan palsu.

“DAP tidak pernah minta Perdana Menteri untuk menggantikan Mazslee dengan Teo Nie Ching sebagai Menteri Pendidikan dan DAP tidak ada kena-mengena dengan mana-mana petisyen yang meminta Maszlee meletakkan jawatan – dan pembohongan ini hanyalah permulaan penipuan yang akan muncul dalam media sosial pada minggu-minggu akan datang untuk menyebabkan ketegangan, pembahagian dan perpecahan Pakatan Harapan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Lim menggesa anggota PH menjaga disiplin dalam menghadapi sebarang usaha untuk mewujudkan pergeseran dalam gabungan itu.

“Satu disiplin baru diperlukan oleh semua pihak dalam pakatan Harapan jika Malaysia Baru tidak akan berjaya, yang hanya boleh membawa balik (bekas perdana menteri) Najib Abdul Razak, Jho Low dan rentetan skandal mega kleptokrat yang akan menyebabkan Malaysia menjadi negara gagal, penyangak dan kleptokrasi, “katanya.-Mkini

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");