Sukan Hari Ini

KL Tambah Derita PKNP

KUALA LUMPUR: PKNP FC terus kemarau kemenangan dalam lapan perlawanan berturut-turut selepas tewas 4-1 kepada Kuala Lumpur (KL) di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras, sebentar tadi.

Lebih malang, kejayaan tiga mata itu membolehkan KL memintas PKNP FC di kedudukan ke-10 sekali gus keluar dari kelompok dua tercorot Liga Super.

Keputusan itu juga memberikan ‘kerja rumah’ tambahan buat pengendali PKNP FC, Abu Bakar Fadzim selepas mengalami kekalahan kelima dalam lapan aksi terakhir.

Terdahulu, tuan rumah tampil dengan aksi cukup bertenaga untuk memastikan babak pertama dengan kedudukan cukup selesa, mendahului permainan. 3-0.

KL memperoleh jaringan pembukaan seawal minit ke-11 menerusi Paulo Josue sebelum seorang lagi bintang importnya, Guilherme De Paula menyumbangkan dua lagi gol, masing-masing pada minit ke-14 dan 18.

Minit ke-67, lorongan menarik Josue membuka ruang buat pemain baharu skuad KL, Ahmad Fakri Saarani mencetak nama selaku penjaring tetapi bekas pemain kebangsaan itu gagal menyudahkan situasi satu lawan satu dengan penjaga gol lawan, Ahmad Asyraaf Omar.

Usaha PKNP FC untuk mendapatkan gol pertama berhasil menerusi Giancarlo Lopes Rodrigues pada minit ke-81 selepas bertindak pantas melakukan tindakan susulan sejurus kegagalan penjaga gol tuan rumah, Mohamad Faridzuean Kamaruddin menangkap bola dengan kemas.

Ketika aksi dilihat bakal berakhir 3-1, De Paula memanfaatkan peluang terhidang untuk melengkapkan hatriknya pada minit ke-90 memetik laporan BHarian.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");