Perak Hari Ini

KPDNHEP Tinjau Dan Periksa Harga Sempena Ramadan

IPOH: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Negeri Perak hari ini melakukan tinjauan dan pemeriksaan harga di Pasar Besar Ipoh bersempena dengan bulan Ramadan.

Ketua Pegawai Penguatkuasa KPDNHEP Perak, Khalid Tik berkata tinjauan berkenaan dilaksanakan bertujuan untuk memastikan penandaan harga serta timbang dan sukat yang digunakan di sini menepati apa yang telah ditetapkan oleh kerajaan.

“Daripada hasil pemeriksaan, kami telah mendapati tanda harga yang digunakan oleh kebanyakkan kedai di sini agak kurang memuaskan dan mengelirukan pelanggan.

“Oleh itu kami telah menasihati peniaga supaya meletakkan tanda harga pada barang yang dijual dengan betul dan jelas supaya memudahkan pelanggan untuk berurusan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada satu sidang media selepas mengadakan tinjauan dan pemeriksaan harga di Pasar Besar Ipoh, hari ini.

Ujarnya lagi, berdasarkan tinjauan yang dilakukan, didapati bekalan barangan di pasar tersebut mencukupi bagi menghadapi Hari Raya Aidilfitri nanti.

“Bekalan barangan seperti ikan, sayur, ayam dan lain lain barangan di sini amat mencukupi jadi orang ramai tidak perlu risau kerana semuanya ada di sini dan harganya juga berpatutan,” katanya.

Pada perkembangan sama, Khalid juga menegaskan bahawa pihak KPDNHEP akan menguatkuasakan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan dengan pelaksanaannya selama 30 hari bermula 21 Mei ini.

“Skim ini bertujuan untuk mengawal harga barangan yang mendapat permintaan tinggi oleh masyarakat yang menyambut perayaan dan kawalan harga dibuat bagi menstabilkan harga dan bekalannya di pasaran.

“Kita dapati ada peniaga yang menjual barang mereka dengan harga yang lebih dan kurang tanpa mengikut harga yang telah ditetapkan.

“Jadi apabila skim ini dikuatkuasakan, semua peniaga mestilah mengikut harga yang ditetapkan tanpa mengambil kesempatan keatas pelanggan,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");