Perak Hari Ini

KPI 6 Daripada 10 Untuk Barisan Exco Saya:MB Perak

IPOH: Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu memberikan penilaian yang baik terhadap barisan exco sepanjang tempoh setahun pentadbiran PH di negeri itu.

Menurut beliau, penilaian 6 daripada 10 untuk barisan exco diberikan kepada kesemuanya dan menyifatkan mereka berada di tahap yang baik.

“Sepanjang setahun ini dari sudut pandangan saya sebagai ketua, barisan exco telah bekerja dengan baik akan tetapi masih ada yang perlu diperbaiki bagi memantapkan lagi usaha mereka.

“Kita masih baru dan kita bukan sempurna namun apa yang paling penting adalah masing-masing belajar untuk menjadi yang terbaik dan tidak mengulangi kesalahan pentadbiran terdahulu,” katanya ketika ditanya mengenai penilaian barisan exco kerajaan Perak.

Dalam pada itu, beliau menegaskan segala pandangan daripada semua pihak mengenai pentadbirannya akan dihormati.

Ini berikutan wujudnya dakwaan mengatakan bahawa parti DAP lebih berkuasa daripada Menteri Besar Perak.

“Saya menghormati pandangan- pandangan daripada semua pihak termasuk para pemimpin kerajaan daripada DAP dan isu ini merupakan sesuatu yang mustahil kerana setiap mesyuarat masih lagi dipengerusikan oleh saya.

“Kita bebas mengeluarkan pandangan dan saya akan mendengarnya sebelum membuat keputusan secara kolektif demi kepentingan rakyat dan keputusan tidaklah dibuat mengikut populariti sesebuah parti,” katanya

Ujar Ahmad Faizal lagi selagi beliau menjadi menteri besar, kepentingan rakyat akan sentiasa diutamakan bagi memastikan mereka tidak ditindas dan bukanlah kepentingan ahli yang menyokong patut difokuskan.

“Rakyat harus diutamakan, ini janji dan komitmen saya sebagai pemimpin yang mentadbir kerajaan negeri,”katanya pada satu sesi temu bual khas Setahun Pakatan Harapan (PH) Menerajui Perak di Kediaman Rasmi Lama Menteri Besar Perak, di sini, semalam.

Jelasnya lagi, dalam melicinkan urusan pentadbiran negeri, beliau turut mendapatkan pandangan daripada beberapa tokoh politik tanah air khususnya yang melibatkan urus tadbir kerajaan negeri.

“Saya akui saya masih baru dalam politik dan banyak lagi perlu saya pelajari, dan dalam parti Bersatu, tedapat ramai tokoh yang saya jadikan rujukan antaranya ialah Perdana Menteri kita sendiri iaitu Tun Mahathir Muhamad, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan juga Datuk Seri Mustapa Mohamed yang merupakan rujukan saya dalam bidang ekonomi.

“Mereka inilah yang akan memberi nasihat serta tunjuk ajar jika ada yang tidak difahami dan saya rasa sangat bertuah kerana tokoh-tokoh yang berpengalaman ini sentiasa memberi sokongan kepada saya dalam mentadbir kerajaan Perak,”katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");