Panasnya Hari Ini

KWAP Terima Resolusi SRC International Untuk Pinjaman Tambahan RM2 Bilion

KUALA LUMPUR: Kumpulan Wang Persaraan (KWAP) menerima resolusi daripada Lembaga Pengarah SRC International Sdn Bhd (SRC International) untuk mendapatkan pinjaman tambahan RM2 bilion pada 14 Mac 2012.

Memetik laporan BH Online, perkara itu dinyatakan bekas Penolong Naib Presiden KWAP (Bahagian Pendapatan Tetap), Amirul Imran Ahmat, dalam keterangannya pada perbicaraan kes bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, di Mahkamah Tinggi, di sini, hari ini.

Saksi ke-29 pendakwaan itu berkata, Najib menandatangani surat perjanjian pinjaman tambahan RM2 bilion oleh SRC International daripada KWAP itu.

Khamis lalu, bekas Timbalan Ketua Pengarah Unit Perancang Ekonomi (EPU) di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Datuk Dr Kamariah Noruddin, dalam keterangan beliau di Mahkamah Tinggi, mengesahkan SRC International menerima geran RM20 juta daripada kerajaan sebagai modal permulaan.

Ketika menjawab soalan Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Ashrof Adrin Kamarul, pada pemeriksaan utama, Kamariah dilaporkan berkata, syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sebelum itu memohon peruntukan RM3 bilion bagi penubuhan SRC International.

Saksi ke-28 pendakwaan itu berkata, tujuan penubuhan itu bagi mengekalkan pegangan strategik dalam pengeluaran negara, antaranya arang batu, uranium, besi, aluminium, minyak dan gas.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");