Berita Hari Ini

Laporan: Umno Selangor Kemuka 3 Nama Ganti Ismail Sabri

Menurut laporan portal berita The Malaysia Insight, tiga nama tersebut adalah Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor, Mat Nadzari Ahmad Dahlan serta dua ketua bahagian, iaitu Johan Abdul Aziz dan Megat Zulkarnain Omardin.

“Keputusan itu dicapai dalam satu mesyuarat khas di kalangan ketua Umno bahagian negeri Selangor pada Sabtu lalu di Kampung Baru, Kuala Lumpur,” lapor portal berkenaan yang memetik sumber.

“Tiga nama ini akan dihantar ke Umno pusat untuk diputuskan. Mungkin selepas Raya akan diumumkan,” kata sumber yang hadir dalam mesyuarat tersebut.

Sebelum Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14 lalu, jawatan berkenaan disandang Anggota Parlimen Tanjong Karang, Noh Omar.

Bagaimanapun Noh melepaskan jawatan itu selepas BN tewas pada PRU 9 Mei tahun lalu.

Jawatan itu kemudiannya dipangku Ismail yang juga naib presiden Umno dalam usaha memulihkan semula parti itu selepas mengalami kekalahan pertama dalam tempoh lebih 60 tahun berkuasa.

Mat Nadzari dan Johan antara nama yang dicadangkan untuk dipilih sebagai menteri besar Selangor sekiranya BN berjaya merampas Selangor dalam PRU lalu.

Bagaimanapun kedua-duanya tewas dengan majoriti besar.

Mat Nadzari, 58 pernah menjadi Adun Batang Kali selama sepenggal selepas menang pada PRU13.

Johan, 53 pula selain menjadi ketua bahagian, beliau juga merupakan setiausaha Umno negeri dan menjadi Adun Semenyih.

Menurut laporan itu lagi, bekas menteri besar Selangor, Dr Mohamad Khir Toyo turut menawarkan diri untuk memimpin Umno Selangor, namun majoriti ketua bahagian Umno tidak setuju, kata sumber.“Jika beliau tidak mendapat sokongan, apabila panggil mesyuarat akan ramai yang tidak hadir, susahlah,” kata sumber.

Selain itu, Umno Selangor juga lebih berminat kepada ketua bahagian yang boleh mencari dana untuk menggerakkan parti kerana akaun mereka masih dibekukan.

“Soal kewangan sangat penting memandangkan akaun Umno Selangor masih lagi dibekukan. Orang yang dipilih mesti mempunyai sumber kewangan yang kukuh atau bijak mencari dana untuk uruskan parti,” kata sumber.-Mkini

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");