Perak Hari Ini

Larangan Penglibatan Imam Dari Luar Negara Beri Laluan Kepada Hafiz Muda

IPOH- Kerajaan negeri menyambut baik titah Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzudin Shah mengenai larangan untuk membenarkan imam-imam dari luar negara menjadi imam tarawih di semua masjid di negeri Perak.

Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Pendidikan Islam, Industri, Luar Bandar dan Pembangunan Usahawan, Asmuni Awi berpandangan bahawa, larangan tersebut merupakan satu langkah yang sangat baik kerana ia akan menggalakan penglibatan anak-anak Perak untuk berbakti kepada masyarakat.

“Hal ini merupakan satu langkah yang baik dimana kita dapat menggalakkan penglibatan anak-anak kita terutamanya yang belajar di maahad-maahad tahfiz kerana kita sendiri tahu mereka telah menghafaz banyak ayat Al-Quran malah, ada antaranya yang telah menghafaz secara keseluruhan dan sebagainya.

“Jadi, jika kita tidak menggalakkan mereka ini untuk menjadi imam semasa solat tarawih pada bulan Ramadhan, pada saya kita sendiri tidak memberi peluang kepada mereka untuk mengamalkan ilmu yang mereka pelajari,” katanya dalam satu sidang media.

Selain itu katanya, kebanyakkannya masyarakat juga berpandangan bahawa ingin ada seorang imam yang lain dari kebiasaannya.

“Masyarakat sendiri akan lebih tertarik kepada sesuatu yang baru kerana bagi mereka imam juga merupakan salah satu faktor yang menarik masyarakat.

“Dalam pada itu, bacaan yang baik dari imam serta surah yang sentiasa berubah juga sesuatu yang kita mahu supaya dapat menggunakan perkhidmatan imam tempatan yang berkelayakan,” katanya.

Dalam pada itu beliau turut berpesan kepada jawatankuasa masjid atau surau supaya mereka lebih berhati-hati dalam membuat pilihan dimana bukan kesemua mereka yang menghafaz Al-Quran atau Hafiz itu bacaannya baik kerana membaca ayat dari Al-Quran juga terdapat beberapa aspek.

“Bacaan imam perlulah betul dari segi tajwid serta tidak membaca dengan nada taranum yang begitu mendatar kerana hal tersebut boleh menyebabkan para jemaah mengantuk.

“Jikalau tajwidnya betul dan taranumnya menarik akan menjadikan makmum menjadi segar serta bacaan tersebut ditunggu-tunggu oleh Jemaah, itu yang kita inginkan kerana kita mahu adanya suasana sesak ketika solat tarawih,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");