Berita Hari Ini

Legenda Red Giants Meniggal Dunia

SHAH ALAM- Legenda bola sepak Selangor, Anuar Abu Bakar, 48, meninggal dunia akibat kanser hati di Hospital Shah Alam, kira-kira jam 9.30 malam semalam.

Perkara itu disahkan menerusi akaun Facebook rasmi Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS).

Difahamkan, jenazah Allahyarham akan dimandikan pagi hari ini dan solat jenazah akan diadakan di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah pada jam 9.30 pagi sebelum dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21, di sini.

Anuar yang aktif sekitar tahun 90-an pernah membantu pasukan Red Giants menjadi Juara Piala Liga Premier dan Juara Piala Malaysia selain pernah menyarung jersi pasukan Johor, Pulau Pinang serta Kelantan.

Allahyarham juga pernah menyarung jersi kebangsaan antara tahun 1993 hingga 1997 dan beraksi di posisi tengah dan penyerang lapor Bernama.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");