Sukan Hari Ini

Liga Super: PKNP FC, Selangor Seri 1-1

SERI MANJUNG – Kelab Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP FC) terpaksa berpuas hati apabila berkongsi satu mata ketika menerima kunjungan Selangor dalam saingan Liga Super di Stadium Majlis Perbandaran Manjung di sini malam tadi.

Memetik laporan Kosmo Online, kedua-dua pasukan menunjukkan corak permainan pantas pada awal babak pertama bermula.

Pasukan pelawat bagaimanapun terlebih dahulu memperoleh peluang baik untuk mendapatkan jaringan awal pada minit ke-16 menerusi pemain import pertahanan, Taylor Regan namun tandukannya selepas mendapat hantaran daripada rakan sepasukan dinafikan penjaga gol PKNP FC, Ahmad Asyraaf Omar.

Peluang baik kedua yang hadir untuk Selangor tidak disia-siakan pemain importnya, Ifedayo Olusegan apabila mudah menolak masuk bola hantaran leret rakan sepasukan, Sandro Da Silva pada minit ke-29.

Tuan rumah turut mendapat peluang terbaik untuk menyamakan kedudukan namun bola sepakan pemain pertahanan, Muhammad Ibni Khozaimi sedikit tersasar ke kiri gawang Selangor.

Separuh masa kedua bermula, giliran PKNP FC menggandakan asakan dan hasilnya mereka berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-47.

Gol tersebut terhasil menerusi hantaran penyerang importnya, Yashir Pinto sebelum dirembat kencang G. Mugenthiran ke gawang Selangor menewaskan penjaga gol, Mohd. Farizal Harun.

Beberapa percubaan tidak berbahaya kedua-dua pasukan pada babak kedua tidak mampu diterjemahkan kepada jaringan gol dan keputusan seri 1-1 kekal hingga ke wisel penamat.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");