Sukan Hari Ini

Luiz Tandatangan Kontrak Baru Dua Tahun Bersama Chelsea

BEK tengah Chelsea, David Luiz, telah menandatangani kontrak baru selama dua tahun setelah finalis Liga Europa itu mengesahkannya.

Pertahanan Brazil itu membantu The Blues melangkah ke final untuk bertemu satu lagi wakil London, Arsenal, selepas menang menerusi penentuan sepakan penalti ke atas Eintracht Frankfurt Khamis lalu dan dia telah diberikan ganjaran.

Kontrak Luiz bakal tamat penghujung musim ini tetapi tepoh keduanya bersama kelab kini bakal dilanjutkan sehingga 2020-21, lapor Stadium Astro.

Selepas gagal memikat perhatian Antonio Conte musim lalu, Luiz kembali menjadi tunjang utama sejak pelantikan Maurizio Sarri selaku pengurus, tampil dalam 35 aksi liga musim ini.

“Saya sangat gembira untuk berada di sini dan berpeluang untuk kekal. Saya sayangkan kelab ini dan masih memiliki keinginan seperti pemain muda,” ujar pemain berusia 32 tahun itu.

“Ia memberi makna besar untuk mara ke satu lagi final di pentas Eropah. Kami masih berpeluang untuk mengakhiri saingan liga dalam kelompok tiga terbaik musim ini dan saya akan terus melakukan yang mampu bagi membantu pasukan.”

“Kami dengan besar hati mengumumkan David Luiz akan kekal bersama kelab,” kata pengarah Chelsea, Marina Granovskaia.

“Dia menetapkan satu contoh di sekelilingnya di sepanjang musim dan memberi impak besar di dalam dan luar padang.

“Memandangkan final Liga Europa bakal tiba, kami harap dapat menamatkan musim dengan trofi dan Luiz akan mengetuai kejayaan di Baku dan seterusnya.”

Luiz telah melakukan 246 penampilan buat The Blues, menyumbat 18 gol dalam dua tempohnya bersama pasukan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");