Sukan Hari Ini

Luka Barca Masih Berdarah – Messi

MADRID: Lionel Messi mahu Ernesto Valverde terus mengemudi Barcelona tetapi mengakui juara Sepanyol itu belum berupaya melupakan kesakitan disingkir Liverpool di separuh akhir Liga Juara-Juara.

Selepas menjuarai La Liga dengan kelebihan 11 mata, Barca boleh melengkapkan kejuaraan domestik berganda jika menewaskan Valencia di Seville, bagi aksi final Piala Raja Sepanyol, awal pagi esok.

Tetapi sekali pun meraih kemenangan, ia diakui tidak mampu memadam kekecewaan di Anfield yang menyaksikan Barca melepaskan kelebihan tiga gol untuk tersingkir dengan kekalahan 4-0 di tempat lawan.

Valverde mengakui masa depannya bersama kelab itu belum dapat dipastikan tetapi Presiden Barca, Josep Maria Bartomeu menegaskan jurulatih itu akan kekal mengendalikan pasukan.

“Saya sejujur-jujurnya percaya bos (Valverde) sudah melakukan tugas yang mengagumkan sepanjang tempohnya di sini,” kata Messi. “Saya fikir kekalahan kepada Liverpool, beliau sepatutnya tidak perlu dipersalahkan, kami adalah orang yang patut dipersalahkan kerana perlawanan itu.”

“Ia boleh berlaku bagi tahun pertama, tetapi dua tahun berturut-turut ia tidak boleh dimaafkan. Bos jelas akan menjadi sasaran menjadi orang yang dipersalahkan tetapi pemain lebih daripada itu.

“Saya sukar jika beliau meneruskannya. Tahun lalu, kami memenangi kejuaraan berganda sekali pun kami terkejut dengan penyingkiran di Liga Juara-Juara, tahun ini kami boleh menang sekali lagi.

“Jika kamu melihat dua tahun ini, ada beberapa perlawanan yang buruk, tetapi selebihnya adalah bagus.”

Valverde ketika ditanya mengenai jawatannya tetap tenang.

“Saya tidak mendapat aduan daripada presiden atau lembaga pengarah,” kata Valverde. “Kamu nampak terlalu bimbang, jangan menjadi seperti itu.”

Barcelona terdesak untuk memenangi Liga Juara-Juara selepas gagal mara ke final selama empat musim berturut-turut yang menyaksikan seteru utamanya, Real Madrid menjulang trofi keagungan itu selam tiga musim berturut-turut. –  AFP

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");