Berita Hari Ini
Like

Malaysia Tetap Dengan Pendirian Berhubung LGBT – Marzuki

May 15, 2019
357 Views
0 Comments
1 minute read
Malaysia Tetap Dengan Pendirian Berhubung LGBT – Marzuki

PUTRAJAYA – Malaysia sebagai sebuah negara Islam, tetap kekal dengan pendiriannya berhubung lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT), kata Timbalan Menteri Luar, Datuk Marzuki Yahya.

“Kita berpendirian sebagai negara yang berpegang kepada prinsip-prinsip Perlembagaan, Raja-Raja dan agama Islam sebagai agama rasmi, maka perkara-perkara yang menyalahi agama sudah pasti kita akan tolak.

“Kita kena pegang kepada prinsip kita sebagai sebuah negara yang berdaulat dan negara Islam,” kata Marzuki kepada pemberita ketika menghadiri Iftar Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), pada Selasa, sebagaimana dilaporkan Bernama.

Beliau berkata demikian sebagai membalas kenyataan pelakon Hollywood, George Clooney yang dilaporkan memberi amaran kepada Malaysia dan Indonesia berhubung pelaksanaan undang-undang anti-LGBT sebagaimana di Brunei.

Awal bulan lepas media melaporkan negara Brunei memutuskan bahawa di bawah peruntukan undang-undang baharu, penalti bagi pelaku zina dan homoseksual dari kalangan orang Islam di negara itu yang didapati bersalah, boleh dikenakan hukuman direjam dengan batu sampai mati.

Bagaimanapun 5 Mei lepas Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah mengumumkan pelanjutan moratorium, atau penangguhan, terhadap hukuman mati susulan kritikan global, termasuk dari kalangan selebriti seperti Clooney dan Elton John.

Ditanya sama ada Malaysia menyokong hukuman rejam sampai mati di bawah undang-undang anti-LGBT, Marzuki berkata tidak sama sekali.

Komen & Pendapat

Comments are closed.