Sukan Hari Ini

‘Malaysian Tigers Perlu Perkemas Dua Posisi’

KUALA LUMPUR: Kelemahan penyudah pukulan sudut penalti dan penjaga gol dilihat sebagai punca skuad hoki negara tampil tidak konsisten pada kempen Pusingan Final Siri FIH yang melabuhkan tirainya semalam.

Sekali pun muncul selaku naib juara di belakang Kanada, kejayaan itu tampak tidak lengkap berikutan kekalahan mengejut kepada Itali di peringkat kumpulan.

Meskipun berbelanja puluhan ribu untuk meningkatkan kualiti dua bahagian berkenaan sebelum bermula kempen kelayakan Olimpik itu, namun ia dilihat gagal membuahkan hasil.

Sebelum ini, Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) bertindak memanggil bekas bintang Belanda, Taeke Taekema untuk mempertajamkan pukulan sudut penalti selain jurulatih penjaga gol ternama, Martijn Drijver.

Bagi pengendali negara, Roelant Oltmans, beliau tidak menafikan masih ada ruang buat jentera pukulan sudut penalti dan penjaga gol Hairi Abd Rahman meningkatkan kualiti permainan.

“Banyak peluang terlepas ketika berdepan Kanada (semalam). Memang kita mencapai kadar 35 peratus jaringan pukulan sudut penalti, tetapi untuk aksi hari ini ia sedikit rendah.

“Bagi penjaga gol pula saya tidak boleh katakan ia sebagai persembahan terbaik. Malang sekali ada beberapa gol dilepaskan dan selepas cuti kita akan meneliti semula situasi berkenaan,” katanya.

Padah menimpa skuad Malaysian Tigers semalam apabila tumpas 2-3 kepada Kanada selepas mensia-siakan dua pukulan strok dan semua lima pukulan sudut penalti.

Sudah lama masalah berkenaan menjadi igauan buat pasukan ranking ke-13 dunia terutamanya apabila tiba pada perlawanan genting.

Bagi posisi penjaga gol pula ketiadaan S Kumar begitu dirasai selepas Hairi Abd Rahman dilihat bergelut dengan masalah keyakinan. -BHarian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");